Welcome To Our Store
Cart 0

Khasiat Minyak Zaitun Spray Az-Zahra Untuk Kulit Dan Rambut


Haircare

Khasiat Minyak Zaitun Spray Az-Zahra Untuk Kulit Dan Rambut

Minyak zaitun Az-Zahra untuk rambut dan kulit.
Minyak yang berkualiti dan dari gred terbaik sangat berkesan untuk melembabkan kulit yang kering dan tidak bermaya.
Ia juga sangat sesuai untuk melebatkan dan menghitamkan rambut dan mengatasi masalah keguguran rambut.
Ia tidak melekit apabila disapu kekulit dan mudah meresap dan sangat selesa dipakai dalam sebarang keadaan cuaca.
Antara khasiat minyak zaitun ialah:
  • Menyuburkan rambut
  • Merawat rambut kering
  • Membuat rambut mudah diurus
  • Kecantikkan wajah
  • Kecantikan kaki
  • Kecantikan tubuh badan

Khasiat minyak zaitun spray untuk kulit dan rambut

Cara Penggunaan

  1. Minyak zaitun sebagai mandian
Cara penyediaan untuk mandian dengan menambahkan 5 sudu besar minyak zaitun ke dalam tab mandi  dan rendamkan badan dengan air tersebut. Inilah rahsia kecantikkan sangat mudah yang menjadikan kulit anda lembut dan sangat licin.
Cara kedua dengan mengurut badan anda dengan minyak zaitun sebelum masuk ke dalam tab mandi, selepas anda selesai mandi, lapkan kulit sehingga kering serta lapkan minyak yang berlebihan dari badan dan anda akan melihat hasilnya menakjubkan pada kulit anda lembut dan licin seperti kulit bayi.
  1. Minyak zaitun sebagai makeup remover
Sapukan sedikit minyak zaitun pada kapas kering atau kapas basah dan perlahan-lahan mengelap semua makeup dari muka anda. Jika anda mempunyai solek yang banyak, untuk mengeluarkan solek tersebut dengan mengurut menggunakan minyak zaitun pada seluruh muka anda terlebih dahulu dan kemudian lapkan dengan tuala kecil yang tebal dengan air suam. Ulangi beberapa kali jika perlu dan jangan mengelap terlalu kuat kerana ia akan menjadikan kulit anda kasar. Selepas itu bilas muka dengan air suam kemudian renjiskan dengan air sejuk yang akan membantu merangsang peredaran darah dan merapatkan semula liang roma muka anda.
Anda juga boleh menggunakan minyak zaitun sebagai penghilang solek pada mata secara lembut, ia akan mudah mengeluarkan solek walaupun solek anda jenis kalis air.
  1. Minyak zaitun untuk rambut
Rawatan rambut dengan minyak zaitun adalah cara termudah, hanya mengambil masa 15 minit untuk merawatnya. Caranya campurkan satun kuning telur dengan dua sudu besar minyak zaitun dan satu sudu teh jus lemon. Biarkan selama 15 minit pada rambut anda, kemudian syampukannya. Hasilnya rambut akan menjadi lebih berkilat dan lembut.
Cara kedua jika rambut anda terlalu kering dan keras, ambil 2-3 sudu besar minyak zaitun dan letakkan pada rambut anda sambil mengurut selama 2 minit kemudian wrap dengan menggunakan towel atau plastik dan biarkan selama 45 minit. Selepas itu shampoo dan bilas rambut serta keringkan rambut anda.
  1. Minyak zaitun untuk merawat jerawat dan muka
Dengan mencampurkan 4 sudu besar garam dengan 3 sudu besar minyak zaitun. Tuangkan campuran ke tapak tangan anda dan jari kemudian sapukan pada wajah anda. Biarkan selama 1 minit atau 2 minit, kemudian bilas dengan air suam dengan campuran sabun. Guna setiap hari selama seminggu, kemudian jarakkan kepada 3 kali seminggu. Anda akan dapat melihat perubahan yang ketara pada wajah anda. Kegunaan garam ialah untuk memebersihkan liang roma dengan penglupasan, manakala minyak zaitun untuk mengembalikan kelembapan semula jadi kulit.

Hubungi Kami

Sebarang Pertanyaan Tentang Rawatan Pembelian Info Hubungi Safwan 012 324 9248



Older Post Newer Post

Related Posts


Leave a comment